Pemindahan tunai terus kepada rakyat sebagai subsidi- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pemberian subsidi menerusi pemindahan tunai terus kepada rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu akan mengumumkan mekanisme pemberian wang itu dalam masa terdekat.

“Cadangan untuk cash transfer (pindahan tunai) sedang dipertimbangkan untuk urusan-urusan lain dan mungkin akan diumumkan.

“Sama ada cara langsung kepada rakyat melalui cash transfer yang memang difikirkan dalam beberapa isu lain, kita akan umumkan (peruntukan) lebih besar bagi mengelakkan ketirisan dan manfaat kepada orang asing,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai cadangan mengedarkan wang tunai terus kepada rakyat berbanding memberi subsidi kepada syarikat.

“Cadangan pengedaran tunai adalah cadangan baik kerana ia pernah diperkenalkan dulu, tapi tak boleh untuk semua, itu sedang difikirkan,” katanya.

Namun, beliau menafikan perubahan terhadap pendekatan subsidi meminggirkan golongan berpendapatan tinggi dan 3.5 juta orang asing.

“Bukan soal saya anti maha kaya, bukan soal cukai tambahan kepada mereka, maksudnya subsidi itu tidak kepada golongan maha kaya, itu sahaja. Kalau pendapatan RM100,000 sebulan ke atas, subsidi tidak patut diberi kepada dia. Dalam konteks ini, bagaimana kita boleh elak, dimanfaat semata-mata rakyat.

“Dia (pekerja asing) datang sini dapat gaji bukan subsidi, kita ada dasar munasabah dan adil kepada semua termasuk bukan warganegara, tapi, tidak harus mana-mana negara beri subsidi kepada warga asing, jadi, prinsip adalah subsidi dipulangkan kepada rakyat, subsidi ini macam sedekah, tak munasabah bagi sedekah kepada orang asing dan orang kaya, ini prinsip yang harus ada untuk penyasaran subsidi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat