Anwar Berbohong Pada Agong atau Ahmad Maslan Berbohong Di Media Sosial?

- Advertisement -

EDITORIAL

Dua surat kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong yang tersebar hari ini ini menimbulkan tanda tanya mengenai situasi politik negara.

Surat pertama ialah apa yang didakwa sebagai sokongan UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menarik sokongan parti tersebut kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat kontroversi tersebut yang kononnya ditandatangani oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Penasihat Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Pekan menyatakan keputusan mereka berdua dan sejumlah Ahli Parlimen UMNO lagi.

Sehingga petang ini belum dinafikan secara rasmi oleh kedua-dua pemimpin tersebut mahupun ibu pejabat parti. Bagaimanapun portal MalaysiaGazzete melaporkan penafian tidak rasmi dari ibu pejabat UMNO memetik beberapa sumber dalaman parti.

Satu-satunya komen dari pemimpin tertinggi UMNO setakat ini ialah melalui Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, yang memberi maklumbalas umum tanpa merujuk kepada surat terbabit, bahawa kedudukan UMNO dan Presiden parti masih seperti pendirian awal iaitu satu kerjasama politik tanpa Anwar Ibrahim, DAP dan Tun Mahathir.

Jika kenyataan Ahmad Maslan ini benar setelah merujuk kepada Presiden, ini bermakna UMNO tidak memberi apa-apa surat sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Dalam surat Anwar Ibrahim kepada YDP Agong, jelas beliau menyatakan ada menyertakan surat sokongan pemimpin-pemimpin parti politik termasuk dari UMNO.

Ini menimbulkan persoalan, apakah Anwar Ibrahim memberi surat dan maklumat palsu kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong?-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat