UMNO-PAS tunjang kekuatan orang Melayu, Islam kata Hadi

PAS Junjung Kasih Titah Tuanku, Tetap Mendokong Perikatan Nasional

CYBERJAYA: Parti PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang Di Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan...

Mesyuarat MT UMNO tegang tapi akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP

KUALA LUMPUR- Berdepan mesyuarat tegang dan panas, namun Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencapai kata sepakat untuk kekal dengan keputusan terdahulu tanpa menjalin kerjasama dengan...

Dakwaan Sistem Kesihatan Di Sabah Lumpuh Tidak Benar – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes...

Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam, Kata DAP

KUALA LUMPUR – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini menuduh mana-mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Najib Nafi Desak Ahli Parlimen BN Sokong Anwar

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menafikan dirinya mendesak ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Presiden...

Kuala Lumpur – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui laman Facebooknya sebentar tadi.

“UMNO-PAS kekal muafakat! Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

“Alhamdulillah pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwwah dan mahabbah,” katanya sambil memuatnaik gambar pertemuan tersebut.

Melalui gambar yang dimuatnaik, selain Ahmad Zahid, Abdul Hadi dan Dr Asyraf turut hadir dalam pertemuan tersebut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut Dr Asyraf di dalam pertemuan tersebut, Abdul Hadi menegaskan Muafakat Nasional (MN) akan terus dipertahankan bagi memastikan kekuatan rakyat terjamin.

“Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan MUAFAKAT UMNO-PAS dipertahan dan diperkasakan.

“Biarlah apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya, yang pasti UMNO-PAS TERUS KEKAL MUAFAKAT!

“Antara kata-kata Tuan Guru yang begitu membekas di jiwa saya, “UMNO dan PAS adalah TUNJANG KEKUATAN orang Melayu dan Islam. Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!” katanya lagi.

Terdahulu para penyokong UMNO-PAS saling menyerang antara satu sama lain, ekoran keputusan Biro Politik UMNO untuk menarik dari daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selain itu Biro Politik UMNO yang bermesyuarat Selasa lalu turut memberikan syarat baharu melalui perjanjian bertulis kepada kerajaan PN untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi meneruskan kerjasama politik.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan