Surat Anwar Kepada Agong Pula Keluar, Dakwa Ada Sokongan 131 termasuk UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA – Surat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Yang Di Pertuan Agong memaklumkan beliau mempunyai sokongan 131 Ahli Dewan Rakyat berdasarkan sokongan ketua-ketua parti mula tersebar sejak sejam lalu.

Sama seperti surat Presiden UMNO dan Penasihat BN kepada Agong yang tidak dapat disahkan ketulenannya, surat Anwar juga bukan dikeluarkan secara rasmi oleh Istana Negara atau pejabat Ketua Pembangkang tersebut.

Kandungan surat tersebut antara lain menyatakan beliau menyertakan surat sokongan pemimpin parti PKR, UMNO, PAN, DAP dan seorang wakil rakyat atas kapaisiti peribadi.

Ampun Tuanku,

Dengan rendah diri, patik mempersembahkan warkah ketua-ketua parti politik yang dinyatakan di atas. Warkah-warkah tersebut akan membuktikan secara terperincinya bahawa patuk telah mendapat dan mempunyai sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi dan setia daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Amanah Negara, Parti Tindakan Demokratik dan seorang Ahli Dewan Rakyat dari parti lain secara peribadi.

Sebelum ini SuaraTV menyiarkan surat yang didakwa berupa sokongan UMNO kepada Anwar dan khabar angin bahawa Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr. Maszlee Malik turut menyokong Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat