Surat UMNO Kepada Agong, Sokong Anwar?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Media Sosial dan rangkaian perbualan hari ini dikejutkan dengan penyebaran apa yang didakwa sebagai surat UMNO kepada Yang Di Pertuan Agong menyatakan sokongan Ahl-Ahli Dewan Rakyat UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat yang ditandatangani oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Penasihat Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Pekan antara lain menyatakan,

“Keputusan Presiden bahawa Ahli-Ahli Dewan Rakyat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)memberi sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada YB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.”

Surat kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong tersebut juga menyatakan,

“Ahli Parlimen Bagan Datuk (P075) dan Ahli Parlimen Pekan (P085) dan sejumlah Ahli Dewan Rakyat UMNO telah menarik balik sokongan dan kepercayaan kami kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, YAB Tan Sri Dato Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (P143) dan memberi sokongan dan kepercayaan kami yang tidak berbelah bagi dan setia kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132) untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.”

Sementara itu beberapa pemimpin kanan UMNO yang dihubungi tidak dapat mengesahkan ketulenan surat ini dan masih menanti jawapan pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun beberapa sumber yang dihubungi oleh SuaraTV membayangkan kemungkinan besar surat tersebut adalah tulin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat