Edar dadah guna aset tentera, dua anggota TUDM direman

KUALA LUMPUR – Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah menggunakan aset ketenteraan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berpangkat Koperal dan pegawai Waran 2 masing-masing berumur 28 dan 48 tahun itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum, selepas permohonan dibuat pegawai polis di Mahkamah Majistret di Tawau pada Jumaat.

Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi polis awal pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Polis turut memohon kebenaran membawa kedua-dua suspek ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bagi membolehkan siasatan lanjut berikutan kes itu membabitkan rampasan dadah berskala besar.

Sepanjang tempoh reman tujuh hari itu, kedua-dua suspek akan ditempatkan di lokap Balai Polis Tawau sebelum di bawa ke Pusat Tahanan Polis Mukim Batu, Kuala Lumpur, lapor BH di Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendedahkan pegawai TUDM termasuk juruterbang terbabit dalam kes penyeludupan dadah membabitkan jumlah yang besar.

Beliau berkata, kes berkenaan amat membimbangkan, sekali gus memberi amaran tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang terbabit tanpa mengira pangkat.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata lima pegawai TUDM antara 11 suspek ditahan di Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki terbabit pengedaran 96.64 kilogram (kg) dadah dengan menggunakan aset TUDM, baru-baru ini.

Katanya, 11 individu termasuk enam orang awam itu diberkas susulan penemuan dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM4.83 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat