LCS: Tiada Istilah ‘Ikan Bilis’ Ini Libatkan Salah Laku Keselamatan Negara – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada istilah ‘ikan bilis’ dalam soal salah laku apatah lagi ia berkaitan dengan keselamatan negara.

Demikian penjelasan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS).

“Saya tahu, ada pihak cakap pendakwaan terhadap Bekas Pengarah Urusan BNS hari ini (semalam) sebagai ‘ikan bilis’.

“Tetapi hakikatnya, tiada istilah ‘ikan bilis’ dalam soal salah laku apatah lagi ada hubung kait dengan keselamatan negara,” tegas Hishammuddin di Dewan Negara pada Selasa.

Menurut beliau,Rumusan Pengauditan Forensik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri di muka surat 151 menyatakan wujudnya penyelewengan, penipuan, dan salah urus tadbir yang melibatkan pegawai kanan dan beberapa pegawai bawahan membabitkan Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

“Ini bukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebut tetapi laporan PAC,” kata Hishammuddin.

Semalam, bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat lebih RM21 juta berkaitan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) pada 2010 dan 2011, di Mahkamah Sesyen.

Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu selepas dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussain.

“Saya faham, saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu sebagai Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta iaitu dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dengan curang meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

Dan susulan pertuduhan itu muncul suara-suara yang mendakwa ‘jerung besar’ masih terlepas sedangkan ‘ikan bilis’ dijadikan kambing hitam.

Justeru Hishammuddin menegaskan sekali lagi bahawa pelbagai langkah telah diambil, banyak pihak dilibatkan, demi pastikan projek LCS dapat diteruskan selari dengan keputusan Jemaah Menteri, PAC, JKSTUPKK malah Menteri Pertahanan PH sebelum ini lagi.

“Dan ini tidak akan ubah seinci pun pendirian saya – yang salah tetap salah.

“Saya tidak terkecuali. Kalau saya ada salah silap, unsur rasuah, hadapkan saya ke Mahkamah.

“Namun akhirnya, dalam kita cari siapa salah, projek LCS mesti diteruskan. Saya tidak akan toleh ke belakang lagi, we must move forward,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat