Man Kidal tak sangka bahagian belakang badan ada cyst

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Man Kidal, 58, tidak menyangka sakit belakang yang dialaminya sejak 15 tahun lalu adalah disebabkan ketumbuhan cyst.

Man yang menjalani pembedahan membuang cyst di belakang badannya Julai lalu berkata, pada awalnya dia tidak menyangka itu adalah cyst kerana sudah 15 tahun ‘hidup’ bersamanya.

“Ada dua cyst di bahagian kanan belakang saya. Pada awalnya, saya pun tak tahu itu adalah cyst sebab ia dah ada sejak 15 tahun lalu.

“Ia mula menyebabkan rasa sakit dan tak selesa. Saya ingatkan sekadar sakit belakang biasa, jadi saya letak minyak urut yang panas untuk kurangkan rasa sakit. Tak sangka pula, minyak panas itu menyebabkannya jadi lebih teruk dan saya terpaksa menjalani pembedahan. Alhamdulillah, sekarang semuanya dah okay,” kata pemain gitar popular itu.

Selain itu, Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood turut berkongsi mengenai kesan jangka panjang yang dialaminya selepas dijangkiti Covid-19 tahun lalu.

“Tahun lalu, saya dijangkiti varian Delta dan memang sangat teruk. Pada awalnya, saya dah hampir berputus asa kerana ia mengganggu psikologi saya. Saya dah anggap saya tak ada harapan untuk hidup dan hanya fikirkan kematian.

“Kesan jangka panjangnya pun agak teruk dan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk saya pulih sepenuhnya antaranya dari sudut tenaga apabila saya jadi cepat penat,” katanya.

Terbaharu, Man bakal muncul di pentas Konsert Rock On 40 The Legends yang menggabungkannya dengan penyanyi rock legenda tanah air iaitu Datuk Awie, Muss dan Ella serta Ritz Metalasia selaku penggubah muzik.

Konsert anjuran Menara Network Sdn Bhd (MNSB) itu akan berlangsung pada 2 dan 3 Disember ini di Istana Budaya, di sini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat