Amar Baharin tak bimbang berdepan saingan pelakon baharu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Amar Baharin tidak menyangka apabila kehadirannya dalam dunia lakonan masih bertahan sehingga ke hari ini.

Amar berkata, dia bersyukur di sebalik kebanjiran bintang baharu dia masih mendapat tawaran berlakon.

“Tidak dinafikan kerjaya lakonan mungkin menjadi darah daging dan punca pendapatan saya sampai bila-bila.

“Walaupun ramai pelapis baharu hari ini tapi saya tidak pernah bimbang atau tercabar kerana yakin pasti ada karakter bersesuaian dengan usia saya.

“Bagi saya, untuk bertahan kena jaga disiplin dalam industri hiburan. Biarpun mungkin lakonan tidak seberapa, tetapi disiplin tinggi yang ditampilkan seseorang pelakon di lokasi penggambaran bakal menjadi penentu sama ada mampu bertahan lama atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui menerusi temubual bersama pelakon drama Biarkan Ia Pergi secara virtual, baru-baru ini.

Menurut Amar, setiap pelakon baharu perlu bersedia dengan sebarang kritikan yang akan mendewasakan sekali gus akan mengajar mereka menjadi lebih baik.

“Saya pernah digelar ‘kayu’, namun disebabkan kritikan itulah menjadikan saya terus belajar. Ambillah kritikan daripada sudut positif. Paling penting sikap seseorang pelakon sendiri.

“Pelakon perlu menjaga masa, pastikan tidak terlewat ke lokasi, jaga sikap dan rajinlah mengkaji watak diberikan. Walaupun nampak remeh, tetapi perkara itulah membuatkan seseorang mengingati kita,” katanya.

Tambah Amar, setiap pelakon juga tidak boleh memandang remeh soal waktu di lokasi penggambaran.

“Mungkin ada pelakon merasakan lewat satu atau dua jam ke lokasi tidak mengapa. Namun, tidakkah terfikir impaknya kepada produser?.

“Hanya disebabkan ada yang buat hal, keseluruhan produksi terjejas dan penerbit terpaksa mengeluarkan bajet lain disebabkan kesilapan seseorang. Biasanya, pelakon sedemikian jarang bertahan lama dalam industri hiburan,” katanya.

Selain Amar, drama Biarkan Ia Pergi turut membariskan pelakon popular tanah air seperti Isyariana Azmi, Zaki Azeman, Idzham Ismail, Lia Natalia dan Asha Merican.

Drama bersiri 20 episod itu adalah adaptasi novel Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Ia hasil nukilan Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Nur.

Drama arahan Fairuz Loy menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis menerusi slot Samarinda di TV3 dan boleh distrim secara langsung di www.tonton.com.my.

Harian metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat