Jangan Ambil Mudah Permainan Politik Simpati

- Advertisement -

PEMIMPIN tertinggi UMNO/BN mengambil langkah bijak, dengan segera meredakan keadaan, susulan perbahasan hangat antara beberapa orang ahli parlimen parti tersebut dengan seorang ahli parlimen veteran pembangkang pada hari pertama sesi terbaru sidang parlimen Isnin lepas.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa yang lain, cepat menangkap cubaan beberapa ahli parlimen pembangkang yang mula memainkan politik simpati, susulan kejayaan beberapa ahli parlimen BN mematahkan hujah seorang ahli parlimen veteran dalam perbahasan berkaitan perlantikan Speaker dewan.

Dari ‘dibalun’, ‘disekolahkan’ dan sebagainya, ke gambaran cubaan buli, kurang ajar kepada orang tua dan seperti itu – ini semua unsur politik simpati dengan harapan menukar kegagalan menjawab soalan/mempertahankan persepsi, kepada satu bentuk kejayaan.

Tindakan Najib dan Zahid menaikkan status nasihat pada hari sama agar semua ahli parlimen lebih berhati-hati dan tidak berlebihan bila berhujah,terutama dengan ahli parlimen veteran atau terlebih muda, sangat tepat pada waktunya.

Kedua mereka sedar, kalau tak diredakan dengan cepat, permainan politik simpati ini boleh jadi senjata yang ampuh untuk menyekat momentum kebangkitan semula BN pasca pembentukan kerajaan Perikatan Nasional, Mac lepas.

Sikap rakyat Malaysia yang mudah memberi simpati dan berasa kasihan, terutama bila melibatkan warga emas, memang diketahui umum. Bukan tak pernah berlaku satu masa dulu tuduh Perdana Menteri sebagai Firaun, satu masa yang lain angkat ‘Firaun’ ini jadi Perdana Menteri semula – semua ini tidak mustahil kalau bijak main politik simpati.

Ambil malam sebelum PRU14 sebagai contoh cukup, berapa ramai di kalangan pengundi menukar pilihan bila pembangkang guna video “atuk dengan cucu” pada masa itu?

Politik simpatilah tu.

Sebab itu dikatakan Zahid dan Najib bijak. Mereka belajar banyak dari kegagalan dalam PRU14 yang lepas.

Hormat tu hormat jugalah kan tapi lebihnya soal kebijakan, walaupun jika nak diumpamakan seperti nelayan, kalau takut lemas, baik kerja kontrak dari tangkap ikan – faham macam tu sudahlah.

Sadik Sadikin
Kuala Nerang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat