Fahmi tidak perlu bertindak ala komunis, kata Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional itu berkata, Datuk Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebagai ‘ala komunis’ terhadap pengguna di media sosial.

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyelar tindakan Fahmi seolah tidak menghormati Perlembagaan Malaysia yang mengangkat hak kebebasan bersuara rakyat

Menurutnya lagi, Fahmi bertindak melangkaui tugas sebagai menteri dengan mengarahkan tindakan diambil sebelum sebarang siasatan dan proses undang-undang dilaksanakan mengikut prosedur.

“Tindakan Fahmi Fadzil ini persis pemerintahan negara komunis yang hanya mahukan cerita-cerita “manis” kerajaan disebarkan, manakala perit jerih rakyat atau kritikan yang berasas disenyapkan demi menjaga imej kerajaan.

“Kita adalah negara demokrasi yang menghargai setiap idea, buah fikiran dan suara rakyat tanpa mengira ideologi politik selagi mana tidak menyentuh isu-isu 3R (Race, Religion and Royalty) yang boleh menggugat keamanan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Fahmi kini dilihat bertindak mewakili parti politiknya iaitu Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dengan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Komunikasi untuk membisukan sesiapa sahaja yang berani mengkritik kerajaan.

“Mungkin Fahmi Fadzil tidak faham atau sedar akan tanggungjawabnya sebagai Menteri Komunikasi yang seharusnya menjadi penyambung suara antara kerajaan dan rakyat.

“Sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan atau membuat isi kandungan (content) yang tidak menepati selera Kerajaan Madani akan terus disenyapkan tanpa mengambil kira bahawa hak untuk menegur pemerintah sewajarnya dipelihara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” katanya.

Zuraida berkata adalah tidak wajar Kerajaan Madani yang dikatakan membawa agenda Reformasi ‘membisukan’ rakyat yang semakin tertekan dengan pelbagai polisi dangkal yang sedang dilaksanakan oleh pemerintah ketika ini.

“Masalah ini dilihat semakin lama semakin membarah kerana Kerajaan Madani pada ketika ini dilihat terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri dan sering memberi tekanan tidak berasas kepada pengamal media, pempengaruh media sosial dan juga netizen.

“Beberapa hari lepas MCMC turut digunakan sebagai senjata oleh kerajaan apabila pengendali portal berita bebas MyNews Hub telah disoal siasat oleh suruhanjaya tersebut, yang mana sim kad dan telefon bimbitnya juga dirampas.

Terbaru, MCMC juga telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengatakan tiga pempengaruh media sosial Badrul Hisyam (Chegu Bard), Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri (Papagomo) turut disoal siasat atas hantaran yang mengkritik Kerajaan Madani.

“Sewajarnya, dalam isu-isu politik, kebebasan ini harus dijamin bagi memastikan terdapatnya semak dan imbang antara kerajaan dan rakyat.

“Jika ada pertelingkahan politik, memadai jawapan dan penerangan diberikan oleh jentera parti dan bukannya menyalahgunakan kuasa agensi kerajaan untuk menutup mulut para pengkritik.

Semalam media melaporkan bahawa Fahmi Fadzil telah mengarahkan Suruhanjaya MCMC untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengendali akaun Tik Tok @janggutputih yang dituduh memuat naik video yang dianggap oleh menteri tersebut sebagai fitnah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat