Kaitan Zahid ‘saksi kritikal’ titah Adendum, tak dibincang dalam Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan pembabitan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kewujudan Titah Adendum.

“Tidak dibincangkan hari ini (dalam mesyuarat Kabinet),” kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Najib, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri berkenaan menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Menerusi afidavit diikrarkan Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pertemuan di rumah Presiden Umno berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari lalu.

Zahid mengesahkan melihat kandungan Titah Adendum yang menyatakan bahawa pemohon yakni Datuk Seri Najib Razak dibenarkan untuk menjalani hukumannya yang dikurangkan kepada “tahanan rumah” dan bukannya pemenjaraan seperti sekarang di Penjara Kajang.

Zahid mendakwa kandungan Titah Adendum itu bertarikh 29 Januari 2024 dimeterai oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat