TNB Melaka Pastikan Bekalan Elektrik Pusat Simpanan Vaksin Tak Terganggu

MELAKA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka telah merangka beberapa strategi proaktif bagi memastikan bekalan elektrik di pusat penyimpanan vaksin utama negeri iaitu di Hospital Melaka di sini tidak terganggu sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ketua Retail TNB Melaka, Khairizam Ibrahim berkata antara strategi berkenaan ialah membuat semakan pelan kontingensi terhadap sistem bekalan elektrik di Hospital Melaka yang menggunakan ‘Automatic Transfer Scheme’ (ATS) sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Berdasarkan semakan yang dilakukan, sistem ATS berkenaan mampu memulihkan bekalan elektrik dalam masa kurang 30 saat sekiranya terputus dan adalah penting untuk memastikan gangguan bekalan tidak berlaku agar vaksin yang disimpan di dalam kotak simpanan dapat berfungsi dengan baik.

“Fokus utama kita untuk memastikan vaksin berkenaan disimpan pada suhu yang ditetapkan dan ia memerlukan bekalan elektrik berterusan yang berdaya harap,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di TNB Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata satu gerak kerja akan diwujudkan untuk menyelenggara bekalan elektrik di Hospital Melaka dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak swasta yang telah dilantik bagi kerja penyelenggaraan di hospital berkenaan.

Katanya, ia untuk memastikan pelan pencegahan atau kontingensi dapat diwujudkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Khairizam berkata selain itu, satu platform komunikasi, antaranya menerusi aplikasi WhatsApp akan diwujudkan melibatkan petugas TNB dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sebagai medium perbincangan atau komunikasi sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Dalam pada itu, beliau berkata TNB juga bersedia memberi perkhidmatan terbaik dengan memastikan bekalan elektrik tidak terganggu di premis terpilih yang akan digunakan sebagai lokasi pemberian suntikan vaksin terlibat.

“Saya difahamkan vaksin berkenaan akan diagihkan ke klinik kesihatan tertentu yang dikenal pasti di sekitar negeri ini termasuk premis tertentu yang akan digunakan untuk melaksanakan program imunisasi tersebut,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sempena program imunisasi menyeluruh untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik COVID-19.

Dalam ucapannya ketika melancarkan buku panduan berkenaan, Muhyiddin berkata vaksin Pfizer-BioNTech akan sampai di Malaysia pada 21 Feb dan ‘roll-out’ pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Feb ini dan ia dilaksanakan dalam tiga fasa.

Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Feb hingga April 2021 diikuti fasa kedua melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi (bermula April hingga Ogos 2021) manakala fasa ketiga melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas (bermula Mei 2021 hingga Februari 2022). – Bernama

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

1,745 Jangkitan Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,745 jangkitan baharu COVID-19 dengan dua daripadanya merupakan kes import. Jumlah positif...

Muhyiddin satu-satunya PM paling banyak diganggu tapi tak layan

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin diklasifikasikan sebagai satu-satunya Perdana Menteri paling banyak diganggu. Tetapi beliau mengambil sikap tidak melayan semua gangguan itu kata...

Mesyuarat PRU, majlis terima SD MP lompat boleh cuma Parlimen bahaya – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak “membahan” alasan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berkeras tidak mahu mengadakan sidang Parlimen meskipun telah mendapat...