Saya Nak Berehat Tapi Ada Orang Desak Jadi PM Kembali – Mahathir

- Advertisement -

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa beliau sudah mengambil keputusan untuk berehat daripada politik selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.

Bagaimanapun katanya, selepas seminggu keputusan dibuat ada pihak mendesak beliau kembali kerana ada yang mendakwa Perdana Menteri menggantikan tempat beliau gagal menjalankan tugas.

“Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap akan dapat berehat, mungkin enjoy live sikit pi jalan sana-sini tetapi selepas seminggu saya letak jawatan (ada) orang datang minta (tolong).

“Tun tolonglah buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa yang menjadi Perdana Menteri ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Satu minggu sahaja sudah nampak berlainan keadaan (nya).

“Jadi mereka datang dan (seterusnya) rombongan demi rombongan datang minta saya buat sesuatu. Bagi saya, saya cuba nasihat (pemimpin terbabit) tapi nasihat tidak berkesan,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika Wawancara Khas Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Sinar Harian yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator di Studio F Kompleks Karangkraf di sini pada Rabu.

Dr Mahathir berkata, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada parti yang dianggotainya bagi memudahkannya membuat teguran.

“Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti (UMNO) dan menentang kerajaan (UMNO ketika itu),” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat