22 Kematian, 2,998 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,998 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 272,163 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu hari ini turut membabitkan sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, kes harian tertinggi dilaporkan di Selangor iaitu 1,382 kes diikuti Johor dengan 436 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes.

“Sehingga kini seramai 231 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 115 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Selain itu sebanyak 41,396 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi terdapat 22 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,005 kes.

Beliau turut memaklumkan, bagi kes sembuh sebanyak 5,709 kes dilaporkan.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 229,762 kes.

Kesemua kes kematian hari ini membabitkan warganegara iaitu lapan di Selangor, empat di Sabah, tiga di Kuala Lumpur, masing-masing dua kes di Sarawak dan Perak serta satu di Negeri Sembilan, Kedah serta Johor.

Ia membabitkan individu berusia antara 41 hingga 100 tahun dan kebanyakan mereka mempunyai penyakit kronik.

Sementara itu, mengenai kluster yang dikesan hari ini Dr Noor Hisham berkata terdapat 13 kluster baharu iaitu 10 berpunca di tempat kerja, dua membabitkan golongan berisiko serta satu dalam kalangan komuniti.

Kluster Tapak Bina Jalan Emas (Petaling) menjangkiti 49 kes; Kluster Jalan Rawang (Gombak) menjangkiti 42 kes dan Kluster Jalan DC (Kuala Selangor) menjangkiti 13 kes.

Selain itu Kluster Jalan Subang (Petaling) menjangkiti 28 kes; Kluster Tapak Bina Seksyen Satu (Hulu Langat) menjangkiti 18 kes dan Kluster Jalan Persiaran Cyber (Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai) menjangkiti 121 kes.

Turut dikesan ialah Kluster Jalan Payamanis (Johor Bahru) menjangkiti 39; Kluster Senai Murni Empat (Kulai) menjangkiti 18 kes serta Kluster Jalan Perindustrian Murni (Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi) menjangkiti 18 kes.

Dr Noor Hisham berkata selain itu di Negeri Sembilan terdapat Kluster Industri Tekstil Nilai membabitkan Seremban dan Port Dickson yang kini sudah menjangkiti 64 kes.

Kluster Tapak Bina Jalan Sultan (Lembah Klang) menjangkiti 120 kes; Kluster Jan Yong (Kapit, Sarawak) menjangkiti 15 kes dan Kluster Pulau Rusa (Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun) menjangkiti 18 kes. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat