Malaysia dijangka tandatangani COVAX dua minggu lagi -Khairy Jamaluddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia dalam fasa akhir bagi mempertimbangkan penyertaan dalam pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX dan dijangka menandatangani perjanjian itu dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, berkata terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira khususnya berkaitan struktur perolehan memandangkan masih belum ada syarikat farmaseutikal antarabangsa berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 yang terbukti selamat dan berkesan.

“Struktur perolehan dan garis panduan bagi perjanjian COVAX agak rumit dan sangat ketat memandangkan kita akan membuat pembelian bagi vaksin yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

“Bagaimanapun, (adalah) satu keperluan bagi Malaysia untuk menyertai solidariti global ini. Berikan saya masa dalam dua minggu ini dan diharapkan sekurang-kurangnya November ini, keputusan akan dibuat,” katanya dalam slot The Breakfast Grille, secara langsung di stesen radio BFM hari ini.

Khairy berkata, proses rundingan sedang dijalankan membabitkan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Peguam Negara bagi meneliti terma perjanjian COVAX.

Selasa lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media khas berkata, Malaysia adalah negara yang mendapat keutamaan China untuk menerima vaksin yang dibangunkan negara itu dan dijangka sedia digunakan akhir tahun ini.

Muhyiddin juga berkata, Malaysia bersetuju untuk menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX walaupun perlu membayar RM42 juta.

Beliau berkata, badan ini mempunyai kemudahan kepada negara ahli untuk dapatkan vaksin yang tidak terhad untuk COVID-19 saja namun vaksin penyakit lain.

“Vaksin yang dapat dibekalkan hanya 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk dan dalam kes Malaysia yang mempunyai 30 juta penduduk akan menerima tiga juta vaksin.

“Kita juga terikat untuk membeli vaksin dari COVAX ini dengan nilai RM600 juta dan ia satu jumlah yang cukup besar tapi tidak halang kita mendapat bekalan dari pembekal luar seperti China dan negara pembekal lain,” katanya.

Katanya, Malaysia akan mengadakan rundingan mengenai harga yang perlu dibayar kepada COVAX kerana kini harga untuk satu vaksin sudah ditetapkan pada harga AS$20 (kira-kira RM82).

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan berbincang dengan syarikat pembekal luar bagi membekal vaksin untuk Malaysia.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat