Amiruddin, MP Ketiga Usul Undi Tak Percaya Kepada Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah menjadi anggota Dewan Rakyat ketiga mengemukakan usul undi tidak percaya tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam sepucuk surat yang diutus kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, bekas Timbalan Menteri Kewangan itu memberitahu pada persidangan bermula 2 November ini beliau akan mengemukakan usul bahawa Ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti.

“Bahawa Dewan ini memberi ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi Kawasan Kubang Pasu untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keayakinan majoriti Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat”.

“Menurut peruntukan 15(5) dalam peraturan-peraturan mesyuarat Dewan Rakyat saya akan membawa usul ini pada persidangan mesyuarat akan datang bermula 2 November 2020,” katanya.

Selain Amiruddin, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat