PBT Diminta Sertai Operasi, Batal Lesen Kelab Malam Langgar Arahan PKPP

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membatalkan lesen perniagaan mana-mana kelab malam yang menjalankan aktiviti terlarang dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, ia berikutan tangkapan melibatkan aktiviti di kelab malam dan parti persendirian semakin mening­kat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya boleh mengenakan kompaun ketika serbuan dilakukan.

Oleh itu katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk menyertai setiap serbuan yang dilakukan PDRM kerana tindakan pembatalan lesen perniagaan hanya boleh dilakukan PBT.

Sehingga semalam, Ismail Sabri berkata, PDRM telah me­lakukan 56,038 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP melibatkan 3,094 pasukan pematuhan dengan kekuatan 13,165 anggota.

“PDRM telah menahan 132 individu atas arahan ingkar PKPP dan daripada jumlah itu seramai 118 individu dikompaun dan 14 lagi direman.

“Antara kesalahan ialah 49 aktiviti melibatkan ketiadaan penjarakan fizikal, 12 penganjuran parti persendirian, selain 27 kesalahan tidak memakai pelitup muka serta 30 ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco).

“Ops Benteng semalam juga telah berjaya menahan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot serta sebuah kenderaan barat. Operasi ini akan terus diperhebat di kawasan Pantai Timur Sabah bagi menyekat PATI yang membawa penularan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat