Abaikan Hal Remeh, Fokus Tumbangkan Warisan, PH

- Advertisement -

INANAM – PAS menyeru sekutu dalam Gagasan Rakyat Sabah (GRS) untuk tidak mengendahkan hal-hal remeh sebaliknya, fokus kepada matlamat utama untuk menumbangkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, misi utama adalah membentuk kerajaan negeri Sabah dengan dua pertiga majoriti agar stabil dan tiada insiden lompat parti.

“Matlamat utama kita tumbangkan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) bukan bawa agenda masing-masing.

“Kita (Gagasan Rakyat Sabah) mesti menang dengan ‘solid’ sebab nanti kalau kerajaan tak stabil, akan lompat sana, lompat sini.

“Kalau boleh kita menang dua pertiga majoriti di Sabah, sebab itu tak boleh pecah undi kerana itu akan menjadi punca kita gagal capai kemenangan,” katanya di majlis ramah mesra di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berbesar memberi ruang kepada BN untuk menggunakan semua kemudahan dan fasiliti milik PAS di Sabah dalam tujuan kempen PRN Sabah ini.

Katanya, 20,000 ahli PAS Sabah berjiwa besar untuk membantu rakan sekutu untuk menukar kerajaan di sini meskipun tiada calon PAS bertanding.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat