Setiausaha akhbar Kor Ming calon PH di KKB? – laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming didakwa bakal dinamakan sebagai calon DAP untuk pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu (KKB).

Menurut sumber Pakatan Harapan (PH), nama Pang Sock Tao, 31, akan diumumkan dalam secara rasmi di pusat khidmat wakil rakyat mereka di Taman Gamelan, KKB malam ini.

“Saya dengar calon ini, pegawai Ngo Kor Ming,” katanya lapor Malaysiakini pada Rabu.

Keputusan itu dikatakan dibuat minggu lalu.

Wanita 31 tahun dari Ampang, Selangor, itu pernah bertugas penyampai berita untuk Ubah TV, saluran video milik DAP.

Semalam Pengarah pilihan raya kecil Pakatan Harapan (PH) Ng Sze Han berkata sepuluh nama berpotensi disenarai pendek dan dimuktamadkan dalam mesyuarat kepimpinan tertingginya malam tadi.

Katanya, 10 nama disenarai pendek meliputi kaum Melayu, Cina dan India.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat barah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

PRK KKB adalah PRK ketujuh selepas PRU15 selepas Parlimen Kuala Terengganu (Ogos), Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), DUN Pelangai (Oktober), DUN Jepak (November) dan Parlimen Kemaman (Disember).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat