Jika kerajaan ikhlas, salur peruntukan kepada pembangkang tak perlu MoU – Muhyiddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perikatan Nasional (PN) berpendirian Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya mewujudkan memorandum persefahaman (MoU) jika benar-benar ikhlas mahu menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, lapor Sinar.

Memetik laporan itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika bergelar Perdana Menteri dan mentadbir negara sewaktu pandemik Covid-19 sebelum ini, beliau menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang tanpa sebarang MoU, perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) atau apa-apa perjanjian lain.

“Kalau dia (kerajaan) ikhlas, dia tak payah buat MoU. Waktu zaman kerajaan PN mentadbir dulu semasa Covid-19, kita bagi peruntukan tanpa ada MoU, CSA atau apa-apa perjanjian.

“Ia kerana kita tahu ia zaman susah, wakil rakyat bertanggungjawab untuk menolong meringankan bebanan (rakyat),” katanya.

Terdahulu, pada Khamis lalu, dilaporkan Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, satu draf MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya.

Dalam laporan sama, Muhyiddin turut mempersoalkan keputusan kerajaan yang dilapor hanya akan ‘mempertimbangkan’ penyaluran peruntukan dan bukan telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan terbabit.

“Kabinet (dalam kenyataan menyatakan) bersetuju untuk menimbang (bagi peruntukan), kalau kata bersetuju…itu lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, ditanya berhubung jumlah peruntukan yang dimahukan pembangkang, Muhyiddin bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

“Saya tak nak (ulas), saya nak tengok dahulu (bahawa kerajaan bersetuju salur peruntukan sebab) kalau tak jadi (salur) macam mana,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat