MAFI akan perkenal skim insurans pertanian

JITRA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yakin cadangannya berhubung skim insurans untuk pemain sektor pertanian dan agromakanan dapat direalisasikan tidak lama lagi susulan kerjasama dengan syarikat insurans di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee memaklumkan pada masa ini, model polisi insurans itu sedang dibangunkan oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta penyedia insurans.

“Sedang dalam perbincangan oleh pihak MAFI dan juga Agrobank. Kita adakan mesyuarat dan mereka telah pun membentangkan model-model yang sesuai dengan kerjasama dengan pihak industri.

“Jadi, kita bergerak ke arah negara mempunyai skim insurans untuk industri pertanian,” jelas Ronald.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Penyerahan Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi Bulan September dan Oktober 2020 di Jitra, pada Isnin.

Ronald berkata pelaksanaan skim insurans itu bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mengindustrikan sektor pertanian dan agromakanan di negara ini, khususnya dalam industri padi dan beras negara menerusi program Smart Bersawah Berskala Besar (Smart SBB).

Katanya, Smart SBB ini bertujuan mengoptimumkan penggunaan sumber, selain meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman padi dan pengeluaran hasil.

Beliau menambah, MAFI menyasarkan peningkatan hasil purata per hektar nasional kepada tujuh tan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) berbanding 3.5 tan sekarang.

Jelasnya, dalam tempoh jangka panjang, program Smart SBB ini dijangka membantu negara mencapai sasaran SSL beras yang telah ditetapkan dalam tempoh RMK12 iaitu sebanyak 75 peratus.

“Kita mencadangkan agar kerajaan membelanja beberapa bilion ringgit untuk menambah kawasan jelapang padi yang sedia ada, bagi tujuan meningkatkan produktiviti serta tahap sara diri (SSL). Kerajaan kata jelapang padi sedia ada boleh diurus secara baik.

“Juga, SSL negara boleh dipertingkatkan kebergantungan import boleh dikurangkan dengan pengurusan tanah dan jelapang yang sedia ada, infrastruktur yang sedia ada dengan pengurusan yang lebih efisyen,” tambahnya.

Mengenai penyerahan bantuan itu, Ronald berkata MAFI meluluskan peruntukan berjumlah RM2.19 juta kepada 1,009 peladang melibatkan 1,278 hektar di Kawasan Muda yang terjejas oleh bencana banjir pada September dan Oktober tahun lepas.

_awani_

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Ahmad Zahid tidak muncul majlis angkat sumpah

CYBERJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul dalam majlis angkat sumpah yang dianjurkan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya,...

Kata kerajaan tak ada duit, tapi lantik timbalan menteri pelancongan, rakyat pula tak dibenarkan melancong

KUALA LUMPUR - "Rakyat tidak dibenarkan melancong, tapi saya hairan bagaimana kerajaan boleh melihat perlantikan seorang timbalan menteri pelancongan ini akan membantu rakyat mengisi...

PAS runding agih kerusi dengan Bersatu, bagi ruang UMNO cari hala tuju selesai konflik dalaman

KUALA LUMPUR - Buat masa ini PAS hanya berunding dengan Bersatu soal pembahagian kerusi bakal ditandingi pada PRU-15. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang...