Cristiano Ronaldo dinobat penjaring terbanyak dunia, pintas rekod jaringan Pele

BINTANG bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo menjelaskan ‘kekaguman abadi’ terhadap Pele setelah bintang Juventus itu memintas jumlah jaringan legenda Brazil untuk menjadi penjaring gol terbanyak dalam sejarah.

Ronaldo mencipta rekod baharu selepas mengalahkan Cagliari 3-1 dalam saingan Serie A dan merekodkan 770 gol sepanjang kariernya.

Pele, yang berjuang 18 tahun bersama Santos sebelum bermain di Amerika Syarikat pada 1975, menjaringkan 757 gol sepanjang kariernya, membantu Brazil memenangi tiga Piala Dunia.

Ronaldo mencapai jumlah jaringan tersebut Januari lalu, tetapi terdapat beberapa kekeliruan terhadap bilangan jaringan Pele setelah meledak 10 gol lagi yang boleh dikira dalam statistik rasmi — sembilan daripadanya buat Sao Paulo State dan satu lagi buat Pasukan Ketenteran Brazil.

Oleh itu, Ronaldo menegaskan dia menunggu hingga melepasi 767 gol untuk meraikannya.

Sebelum hantaran Instagram Ronaldo, Pele menggunakan akaun Twitter rasminya untuk mengucapkan tahniah kepada bintang Portugal berusia 36 tahun itu.

“Cristiano, sungguh indah perjalanan yang anda lalui!” kata Pele menerusi Twitter.

“Saya sangat mengagumi anda dan ini bukan rahsia bagi sesiapa pun.

“Selamat berjaya memecahkan rekod gol saya dalam perlawanan rasmi.

“Saya meninggalkan gambar ini untuk penghormatan anda, dengan penuh kasih sayang, sebagai simbol persahabatan yang telah wujud selama bertahun-tahun.”

 

_awani_

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Olimpik Tokyo: 264 Atlet, Pegawai Terima Vaksin 13 April

SUBANG JAYA: Atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo akan menerima suntikan vaksin COVID-19 seawal 13 April ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal...

England Tempang Tanpa Rashford, Saka

LONDON: Marcus Rashford dan Bukayo Saka diketepikan dari skuad England untuk kempen kelayakan Piala Dunia bertemu Albania dan Poland, umum Persatuan Bolasepak (FA) England,...

Jadikan Kejayaan All England Perangsang Untuk Bekerja Lebih Keras, Pesan Muhyiddin Kepada Zii Jia

KUALA LUMPUR - Kejayaan manis jaguh perseorangan lelaki negara yang merangkul Kejuaraan Badminton All England 2021 malam tadi menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...