Tukar gelaran pun tak berguna kalau hidup rakyat tak bertambah baik – A. Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setakat tukar gelaran Chief Minister jadi Premier kerana nak bunyi seakan-akan Prime Minister pun tak guna juga kalau benda-benda lain yang bersangkut-paut dengan kehidupan rakyat jelata tidak bertambah baik,” kata Tokoh Wartawan Datuk A. Kadir Jasin.

Menurut beliau sekarang Sarawak nak “stylised”kan Ketua Menteri/Chief Minister menjadi Premier.

Tapi kata A. Kadir Premier itu bahasa Inggeris.

“Adakah dalam bahasa Melayu pun mereka hendak guna Premier juga?

“Di Malaysia ni banyak orang suka nama orang Putih dan Arab. Tak faham kepala ekor tak apa asalkan nampak bergaya.

“Lepas ini janganlah hairan kalau negeri-negeri lain pun nak tiru Sarawak dengan menukar gelaran Menteri Besar dan Ketua Menteri mereka,” catat beliau di Facebooknya.

“Inilah jadinya apabila Kerajaan Pusat lemah dan Perdana Menteri tidak dihormati. Negeri-negeri pun naik tocang,” bidasnya.

Tambah beliau, Sarawak dan Sabah sekarang tengah beria-ia hendak berlainan daripada Semenanjung atas alasan autonomi.

“Kita sedar dan, sikit sebanyak, kita faham aspirasi mereka.

“Malah ada juga orang yang kata, gelaran Perdana Menteri itu pun tidak berapa tepat. Mereka kata, Menteri Perdana lebih tepat,” ujarnya.

Pun begitu A Kadir berkata, jangan pula kita keliru antara ketua negara dengan ketua kerajaan.

“Ketua Negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong.

“Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat