Saya masih MB Perlis, siasatan SPRM tak jejas kedudukan – Shukri

- Advertisement -

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berhasrat untuk memberi tumpuan kepada menguruskan negeri biar pun terdapat desakan untuk beliau meletakkan jawatan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu tegaskan, beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Perlis dan siasatan SPRM tidak menjejaskan kedudukannya setakat ini.

Menurutnya, desakan untuk beliau berundur sekadar bualan dalam media sosial dan bukan disuarakan di peringkat parti mahupun pentadbiran negeri.

“Itu hak semua orang (untuk bercakap) sebab negara ini beri kebebasan untuk bercakap, jadi bagi ruang kepada mereka, saya masih Menteri Besar Perlis.

“Desakan (letak jawatan) itu sebenarnya datang daripada media sosial, ramailah yang mahu saya berundur tetapi desakan ini tidak timbul dalam kalangan parti atau pentadbiran negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, pada Khamis.

Pesuruhjaya Pas Perlis itu tegaskan, tumpuan kini adalah untuk terus menguruskan negeri sebaiknya.

Dalam pada itu, Mohd Shukri mengesahkan ditahan selama lapan jam oleh SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan pada Selasa lepas.

“Saya diambil keterangan sahaja, bukan ditahan. Saya ikut peguam saya, penahanan selama sembilan jam itu hanyalah untuk bantu siasatan.

“Saya terima siasatan SPRM ini dengan hati yang terbuka, mungkin ia beri ruang untuk saya lebih berdisiplin bagi memastikan pembersihan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Jika ada keperluan, mungkin saya dipanggil semula oleh SPRM dan saya bersedia untuk bagi kerjasama,” katanya.

Pada Selasa lalu, Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang ditahan SPRM Putrajaya selama sembilan jam sebelum dibebaskan untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan salah guna kuasa. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat