KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yakin menegaskan anaknya tidak dicucuk picagari berisi angin sebaliknya vaksin dan sekali gus menangkis tohmahan tersebar.

“Saya sahkan jururawat yang menyuntik anak saya sangat profesional dan baik. Taktik tidak menunjukkan jarum sangat berkesan & membantu menenangkan anak saya.

“Semoga semua dokor dan jururawat yang terlibat dalam #PICKids dilindungi dari fitnah pihak tertentu,” kata Khairy di Twitternya.

Tambah beliau lagi, liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat.

“Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak.

“Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin.

“Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” bidas beliau.

Terdahulu, jururawat yang menyuntik vaksin cCovid-19 kepada anak Khairy menafikan dakwaan kononnya dia menyuntik ‘angin’ kepada Raif.

“Saya tidak akan tunjukkan jarum itu kerana kanak-kanak akan jadi takut dan saya terpaksa letakkan tangan saya ke bawah dan cuba alih perhatian mereka seperti menyuruh mereka mengira satu hingga 10,” kata jururawat itu.