KUALA LUMPUR – Mana mungkin kerajaan Johor akan stabil sekiranya wujudnya individu tertentu yang asyik ugut-ugut dengan kenyataan hendak tekan butang ataupun memberi amaran bahawa sokongan mereka pada kerajaan adalah bersyarat,” tempelak Datuk Seri Najib Razak.

Kata beliau lagi pun, bagaimana pula tujuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah untuk menyelamatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedangkan yang dibubar itu juga merupakan kerajaan dengan Menteri Besar dari BN?

“Sekiranya BN tamak kuasa, BN tak bubar kerajaan sendiri untuk kembalikan mandat bagi rakyat untuk pilih sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan stabil bagi memulihkan ekonomi Johor sebagai negeri dengan pelaburan tertinggi.

“Ianya jauh lebih mudah untuk BN laksanakan “scheme of things” untuk membeli ADUN-ADUN untuk lompat atau minta darurat untuk kekalkan kerajaan Johor walaupun tiada majoriti sebagaimana yang dilakukan oleh Abah kau.

“Langsung tak logik, korang,” kata Najib.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang dalam ceramahnya menyebut kononnya PRN Johor alasan untuk UMNO menyelamatkan nyawa BN sahaja.