Langgar SOP denda RM10,000 sangat tak munasabah – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Menghukum individu yang melanggar SOP seperti gagal memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sehingga denda maksimum RM 10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum 7 tahun atau kedua-duanya adalah sangat tidak munasabah,” tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu mendesak kerajaan meneliti semula jumlah denda maksimum sehingga RM10,000 bagi individu yang melanggar SOP COVID-19, dengan menyifatkan ia “sangat tidak munasabah”.

Mohamad yang juga ADUN Rantau itu menambah, lebih-lebih lagi pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) itu tidak menyatakan garis panduan untuk mengeluarkan kompaun.

“Alasan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) bahawa ia sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan selepas undang-undang itu diluluskan adalah tidak menepati objektif pindaan ini,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan tiada undang-undang wajar diluluskan tanpa segala maklumat dan perincian jelas untuk pertimbangan ahli legislatif.

“Tindakan ‘piecemeal’ seperti ini menunjukkan ketidaksediaan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merangka pindaan tersebut,” ujar beliau.

Semalam, Dr Noor Hisham berkata KKM bimbang sekiranya perbahasan di Parlimen berpanjangan, ia akan menyebabkan kesinambungan KKM melaksanakan penguatkuasaan kawalan penyakit berjangkit di negara ini tergendala.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali membentangkan RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.

Di bawah pindaan Seksyen 25 Akta 342, KKM mencadangkan nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1 juta bagi sesuatu pertubuhan perbadanan, manakala bagi kesalahan individu pula akan ditentukan suatu jumlah yang tidak melebihi RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, sebarang tindakan untuk mempercepatkan RUU ini tidak boleh mengabaikan ketelusan dan keadilan “yang akan membuka ruang kepada tindakan dua darjat”.

“Negara ini mesti belajar dari episod pandemik. Salah satu sebab kenapa kita terus dalam keadaan sekarang ialah kerana kegagalan kita dalam melaksanakan keadilan dalam penguatkuasaan.

Beliau berkata, ia berbeza dengan pendekatan yang digunakan di negara luar di mana undang-undang mereka dilaksanakan dengan nilai kemanusian.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan pembangkang tidak akan menyokong pindaan RUU itu kerana tidak bersetuju dengan jumlah denda dan kompaun yang keterlaluan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat