PRN Sabah : Suasana meriah kehadiran jentera dari 9 parti di DUN Usukan

KOTA BELUD — Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)Usukan pagi ini berlangsung meriah dan menjadi tumpuan apabila penyokong serta jentera parti mula hadir seawal jam 7 pagi.

Suasana di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak seawal pagi ini semakin rancak apabila beberapa pemimpin utama tiba untuk mengikuti proses penamaan calon yang bermula tepat jam 9 pagi.

Calon DUN, Isnaraissah Munirah Majilis, tiba sekitar 8.00 pagi, disambut barisan penyokong dan pasukan beliau.

Kehadiran Munirah menambahkan keterujaan di lokasi penamaan calon berikutan beliau merupakan antara figura politik wanita yang semakin mencuri perhatian di Sabah.

Bercakap kepada Suara TV, Munirah menjelaskan bahawa beliau telah pun turun bekerja di kawasan sejak sebelum hari penamaan calon berikutan kedudukan sebagai
Ahli Parlimen Kota Belud.

“Saya sebenarnya daripada awal memang sudah mula berkerja. Bukan kerana kita mau jadi calon atau apa, tapi sebab saya memang ahli parlimen.

“Saya tahu saya akan berlawan dengan calon-calon hebat, namun saya juga yakin kita ada kekuatan yang mampu menawan 52 peratus suara wanita serta masyarakat setempat di sini untuk kita angkat ke Parlimen,” katanya x

Dalam pada itu, suasana di sekitar dewan bertambah hangat apabila penyandang kerusi DUN Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak, tiba kira-kira 8.15 pagi.

Ketibaan beliau diiringi sorakan penyokong UMNO yang membawa bendera serta sepanduk parti, menjadikan kawasan perkarangan dewan bertambah meriah dengan lautan biru.

Salleh, yang mempunyai rekod panjang dalam politik Sabah, meluangkan masa berbual singkat dengan para penyokong sebelum memasuki dewan untuk mengikuti proses penamaan calon.

Pergerakan calon dan penyokong dipantau rapi oleh pihak polis yang ditempatkan di laluan masuk utama serta sekeliling dewan.

Walaupun jumlah kehadiran penyokong agak besar, suasana kekal terkawal dengan disiplin dan suasana saling hormat antara penyokong parti yang hadir.

Bagi masyarakat Kota Belud, khususnya di Usukan, penamaan calon kali ini dilihat sebagai detik penting kerana kerusi tersebut merupakan salah satu kerusi paling diperhatikan dalam PRN Sabah.

Salleh, yang sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah, Speaker DUN Sabah dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, membawa pengalaman luas dalam pentadbiran negeri dan persekutuan.

Kehadiran beliau mempertahankan kerusi Usukan menjadikan tumpuan terhadap pertandingan di kawasan ini semakin besar.

SPR dijangka mengumumkan senarai calon yang layak bertanding sekitar jam 10 pagi, selepas selesai proses penamaan calon dijalankan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat