Dr. Ir. Ahmad Tajuddin terima anugerah ASEAN Engineer Excellence Award

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Akademia Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali mengharumkan nama negara apabila dianugerahkan ASEAN Engineer Excellence Award (AEEA) pada Majlis Makan Malam Gala bersempena dengan 111th ASEAN Coordinating Committee on Services (ASEAN CCS) serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan di Nha Trang, Vietnam baru-baru ini.

Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) dalam kenyataan berkata anugerah berprestij ini mengiktiraf jurutera berdaftar di bawah ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE) yang cemerlang daripada setiap Negara Anggota ASEAN (AMS).

“Ia diberikan kepada jurutera terkemuka dari pelbagai sektor, termasuk akademia, yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan dan kemajuan profesion kejuruteraan.

“Calon penerima wajib berdaftar sebagai ACPE dan dicalonkan oleh ASEAN Chartered Professional Engineer Coordinating Committee (ACPECC). Mereka merupakan tokoh teladan dan sumber inspirasi kepada jurutera di seluruh ASEAN.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja membawa kebanggaan kepada Malaysia, tetapi turut menyerlahkan sumbangan beliau yang amat signifikan terhadap kemajuan profesion kejuruteraan di peringkat nasional dan serantau, ”kata kenyataan itu.

Katanya lagi, penganugerahan ini turut mencerminkan kepimpinan Malaysia yang unggul dalam arena kejuruteraan serantau, serta komitmen berterusan negara dalam memperkukuh standard profesional, memperluas inovasi dan mempererat kerjasama dalam kalangan jurutera ASEAN.

“LLM menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Dr. Ir. Ahmad Tajuddin atas penganugerahan itu,”tambahnya.

Tambahnya lagi, LJM kekal komited untuk menegakkan integriti, profesionalisme dan kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan di Malaysia, di samping terus memacu agenda inovasi, pembangunan kapasiti dan kemampanan demi kemajuan negara serta kesejahteraan komuniti ASEAN secara keseluruhan.

Penerima anugerah berprestij ini dari negara anggota ASEAN lain, Ireng Guntorojati S.T., M.Sc., ACPE (Indonesia);
Saysongkham Manodham (Lao PDR); Engr. Dr. Aung Kyaw Myat (Myanmar); Engr. Apollo S. Enriquez (Filipina); Er. Tan Shu Min Emily (Singapura); dan Prapoot Ponglaohapan (Thailand). – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat