Muhyiddin Tak Boleh Pertikai Jika PAS Mahu Kerjasama Dengan BN – Sharkar

- Advertisement -

MENTAKAB – Perikatan Nasional (PN) nampaknya tidak ada hak untuk mempertikai tindakan PAS sekiranya menyimpan hasrat untuk membentuk gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Sharkar Shamsudin berkata, PAS telah bertindak bijaksana kerana bertanding di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah menggunakan logo PAS bukannya PN.

“PAS ini dia cerdik, sebab itu mereka bertanding guna logo PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sebab kerusi-kerusi tersebut mereka yakin boleh menang.

“Jadi sekiranya PAS nak bekerjasama dengan parti-parti lain PN tak boleh buat apa sebab yang tandatandangan watikah PAS ialah Tan Sri Abdul Hadi Awang,” kata Sharkar ketika sidang media sewaktu membentangkan Aspirasi Temerloh Baru di Mentakab pada Selasa.

Tegas calon Parlimen Temerloh itu lagi, PAS sangat bijaksana menyusun strategi masa depan politik.

“Itulah kebijaksanaan PAS sebab itu dia sangat yakin dia boleh kerjasama dengan Umno dan sebagainya.

“Kalau tidak PAS mesti rujuk kepada PN terlebih dahulu tapi dia dah tanding tiga negeri guna logo PAS.

“Maksudnya nanti wakil rakyat dari PN walaupun mereka itu daripada Bersatu mereka terpaksa ikut PAS sebab yang menandatangani watikah itu ialah Hadi… ini kebijaksanaan PAS sebab itu PAS boleh cakap macam itu,” ujarnya.

Sebenarnya tambah Sharkar, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sepatutnya tidak boleh ulas apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“…sebab Takiyuddin bercakap benar sebab mereka ada kuasa yang menandatangani watikah untuk negeri ialah Hadi,” jelas Sharkar.

Sebelum itu, Takiyuddin berpandangan PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS itu malah berkata beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.

Dalam perkembangan sama, Sharkar juga menyebut bahawa Muafakat Nasional (MN) tidak pernah dibatalkan secara rasmi oleh kedua-dua parti ia cuma tergantung sahaja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat