PM Mesti Presiden Umno, Sharkar Setuju Dengan Khairy

- Advertisement -

MENTAKAB – Secara konvensyen sememangnya Perdana Menteri juga memegang jawatan Presiden Umno.

Justeru,Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin juga senada dengan cadangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyuarakan cadangan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bakal dilantik semula sebagai Perdana Menteri akan dipilih sebagai Presiden Umno.

“Secara konvensyen Perdana Menteri itu Presiden Umno. Pada pendapat saya itu proses biasa. Perdana Menteri memang Presiden Umno, selalu begitu.

“Saya setuju dengan kenyataan Khairy, Perdana Menteri mesti Presiden Umno,” ulas Sharkar ketika sidang media sewaktu membentangkan Aspirasi Temerloh Baru di Mentakab pada Selasa.

Terdahulu, Khairy yang juga calon Parlimen Sungai Buloh ada menyebut jika Ismail Sabri
menjadi Perdana Menteri seterusnya, beliau juga perlu dilantik sebagai Presiden Umno.

Malah Khairy juga membayangkan kemungkinan pakatan antara dirinya, Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam pemilihan Umno akan datang.

Ismail Sabri ialah Naib Presiden dan Hishammuddin adalah bekas Naib Presiden.

Dalam pada itu, Sharkar yang juga calon Parlimen Temerloh mengingatkan semua pimpinan agar menumpukan kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU15 terlebih dahulu sebelum membincangkan soal pemilihan pimpinan tertinggi Umno.

“Tumpu pilihan raya dulu, eloknya bincang pemilihan parti lepas pilihan raya,” tegas Sharkar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat