Denda RM2 Juta Jika Pengusaha Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pengusaha stesen minyak di negara ini diberi amaran keras agar tidak menjual petrol bersubsidi kepada warga asing.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata tindakan itu dilakukan bagi melindungi hak rakyat negara ini kerana petrol subsidi disediakan untuk mereka (rakyat).

“Jadi, saya minta operator atau pemilik stesen minyak supaya tidak menjual petrol subsidi kepada rakyat asing.

“Jika didapati bersalah, individu yang didapati membeli petrol subsidi boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara tiga tahun manakala pengusaha stesen minyak boleh didenda maksimum RM2 juta,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 di Pasaraya Lotus’s Shah Alam, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dirakam orang awam di sebuah stesen minyak dekat Gelang Patah, Johor, dipercayai menggunakan bantuan kenderaan tempatan untuk mengisi petrol RON95.

Video yang dimuat naik di YouTube oleh SG Road Vigilante, beberapa hari lalu itu memaparkan seorang lelaki berbaju hitam sedang mengisi minyak kenderaannya dan nozel yang dipegang adalah berwarna kuning iaitu minyak petrol RON95.

Pengarah KPDNHEP Negeri Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro dilaporkan berkata, kejadian itu kini dalam pengetahuan pihaknya dan siasatan sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Rosol berkata, pengusaha stesen minyak di negara ini diharapkan memberi kerjasama untuk tidak menjual petrol subsidi kepada warga asing.

“Kita berharap supaya operator atau pemilik ini lebih bertanggungjawab kerana minyak petrol bersubsidi adalah hak rakyat negara ini yang disediakan kerajaan,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat