Shafie Patut Lebih Tegas, Tak Perlu Layan Tuntutan Filipina – Menteri Luar Negeri

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkilan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang berhasrat mengadakan rundingan dengan kerajaan Filipina.

Tegas beliau, Shafie sepatutnya tidak layan tuntutan Filipina kerana Sabah selamanya milik Malaysia.

“Sebelum ini saya telah tegaskan banyak kali, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama-lamanya.

“Sebab itu, saya kecewa apabila Presiden Warisan, Shafie Apdal baru-baru ini mencadangkan agar Kerajaan Malaysia berunding dengan Kerajaan Filipina,” tegas Hishammuddin di Facebooknya, hari ini.

Ahli Parlimen Semberong itu memaklumkan, perlu
difahami, tuntutan Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah langsung tidak relevan. Ujarnya, Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.

“Jadi, tiada sebab mengapa kita perlu berunding dengan mereka. Sekiranya kita buka ruang rundingan, itu bermakna Malaysia akui tuntutan tersebut mempunyai asas.

“Atau sebenarnya memang Shafie anggap tuntutan Filipina berasas?

“Sebagai pemimpin Sabah, Shafie sepatutnya lebih tegas, bukannya cuba beri muka kepada pihak luar yang cuba mempersoalkan kedaulatan Sabah,” katanya.

Hishammuddin memberitahu, pendirian Malaysia tetap kukuh iaitu tidak akan berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah.

28 Ogos lalu, isu tuntutan Filipina ke atas Sabah harus dipadam menerusi rundingan kerajaan dengan kerajaan di antara Malaysia dan Filipina.

Shafie, berkata selagi tiada kata putus membabitkan kedua-dua negara, selagi itu Filipina menimbulkan provokasi.

Beliau menegaskan Filipina perlu diberi kefahaman jelas bahawa tidak timbul lagi isu tuntutan ke atas Sabah kerana kedudukan Sabah dalam Malaysia diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat