Fathul Bari Bidas Timbalan Ketua Pemuda PAS Minta Semua Kerusi Parlimen Perlis

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jaya membidas permintaan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang menuntut kesemua kerusi Parlimen di Perlis.

Katanya, Perlis cuma ada tiga Parlimen sahaja dan dua daripada kerusi tersebut milik UMNO manakala satu lagi dikuasai oleh PKR.

“Perlis ada tiga Parlimen saja. Dua kerusi UMNO iaitu Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin manakala satu kerusi PKR di Kangar, Amin Ahmad. Itu baru Perlis.

“Cadagan jumlah, tak salah, Cuma elok Yang Berhormat (Ahmad Fadhli) buat study (kajian) sikit soal pengagihan kerusi dan hasil dapatan Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN). Lebih cermat,” kata Fathul Bari di Twitternya, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengemukakan usul minimum 50 kerusi untuk PAS bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Alhamdulillah, usul minimum 50 kerusi PAS bertanding lulus di Muktamar Pemuda.

“Saya cadangkan antara kerusi Parlimen itu ialah 14 kerusi daripada 14 Parlimen di Kelantan, lapan daripada lapan Parlimen di Terengganu, 15 daripada 15 Parlimen Kedah dan tiga daripada tiga Parlimen Perlis,” ujarnya.

Beliau menambah, kerusi selebihnya boleh cari di negeri-negeri lain.

“Apa salahnya parti lain pula berkorban. Sekadar cadangan, dan Muktamar Pemuda Pas baru-baru ini kelihatan menerima.

“Selebihnya terpulanglah pimpinan untuk berunding,”cadang Ahmad Fadhli lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat