Mat Sabu bukan sindir TMJ, hubungan Persekutuan dengan baginda sangat baik – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu tidak menyindir mana-mana pihak ketika berceramah pada majlis pengumuman nama calon Pakatan Harapan (PH) di Tangkak, malam kelmarin.

Sebaliknya, Pengerusi PH itu memberitahu Mat Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, hanya memberi pandangan supaya tidak mengheret pihak ketiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak `memanaskan’ keadaan atau mengheret institusi diraja ke dalam persaingan politik yang sedang berlangsung.

“Kita usah panaskan suasana. Dia (Mat Sabu) beri pandangan mengenai campur tangan pihak ketiga dalam pilihan raya.

“Saya mempunyai perbincangan (perhubungan) yang sangat baik dengan TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan persefahaman kami juga sangat baik.

“Jadi, kita jalankan pilihan raya ini antara parti-parti yang bertanding, jangan kaitkan institusi Raja,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama warga perkhidmatan awam Zon Selatan di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREATE), lapor BH di Alor Gajah Melaka pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz.

Anwar mengulas kontroversi yang tercetus susulan ucapan Mat Sabu, yang mengundang pelbagai reaksi selepas beberapa pihak mendakwa ia mempunyai unsur sindiran terhadap Tunku Ismail.

Pada masa sama, Anwar menegaskan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan TMJ adalah sangat baik.

Beliau berkata, tumpuan utama ketika ini ialah memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar, matang dan harmoni tanpa menimbulkan polemik yang boleh menjejaskan perjalanan kempen PRN Johor.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat