#PRNSabah : Shafie Lupa Enam Tahun Jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar? – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) memulangkan paku buah keras kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dikatakan gagal memacu pembangunan negeri di bawah bayu itu meskipun beliau memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sejak 2009 hingga 2015.

Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi BN menempelak tindakan Shafie yang disifatkan gagal mengurus pembangunan di Borneo walaupun kerajaan telah memperuntukan dana yang besar namun, ia masih gagal diterjemahkan.

Bahkan Mohamad menyindir Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu bahawa beliau tidak layak menyalahkan kerajaan BN sekiranya pembangunan Sabah dan Sarawak tidak seiring dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dulu dalam tempoh enam tahun, peruntukan untuk kementerian ini saja sebanyak RM34.8 bilion tetapi malangnya menterinya pada ketika itu iaitu Ketua Menteri Sabah sekarang, (Datuk Seri) Shafie nampaknya tidak dapat membawa apa-apa perubahan kepada Sabah dan juga Sarawak.

“Jadi jangan salahkan orang, jangan salahkan kerajaan dulu (BN) kerana beliau adalah merupakan menteri yang bertanggungjawab, enam tahun sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dengan bajet yang begitu banyak dan kementerian tersebut merupakan satu-satunya kementerian yang boleh memberikan kerja-kerja tanpa melalui Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Begitu istimewa sekali diletakkan oleh kerajaan BN terhadap betapa pentingnya BN melihat bahawa kementerian itu digerakkan dan diperkasakan tapi malangnya ianya tidak terjelma seperti apa yang kita nak terjemahkan,” keluh Mohamad.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO itu memberitahu tidak ada pembaharuan drastik yang akan dibawa ke Sabah dan Sarawak, namun, BN akan memasukkan rancangan pembangunan dua negeri tu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) agar tidak tercicir.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Persekutuan tak ada nak bawa pembaharuan yang drastik tetapi kita akan membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) termasuklah rancangan untuk Sabah dan Sarawak sekali.

“Rancangan pembangunan wilayah yang perlu dipastikan bahawa tidak ada keciciran, tidak ada wilayah-wilayah mana yang masih lagi tidak mendapat perhatian.

“Jadi kita akan menggunakan peluang RMK-12 kerajaan PN untuk kita membangunkan Sabah kerana memang sebelum RMK-12, RMK -11 pun memang ada,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat