PRN Sabah : Tips Tawan Hati Dan Menang, Jumpa Semua Pengundi – Tok Mat

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Momentum ramalan politik Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berbeza sama sekali dengan pilihan raya kecil (PRK), bagaimanapun calon-calon di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) dinasihatkan mengatur strategi bertanding dengan menemui seramai mungkin pengundi untuk memperkenalkan diri dan parti.

Tips berguna ini dikongsikan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bahkan katanya, calon dan jentera parti juga perlu meninjau strategi pihak lawan.

“Memang keutamaan kita masuk pilihan raya ini untuk menang, tak ada mana satu parti pun yang masuk pilihan raya nak kalah tetapi semua pihak terutamanya BN, jentera mesti bekerja kuat, gandakan gerak kerja, dan strategi berfokus.

“Mesti ada di mana tempat yang perlu kita fokuskan… di mana tempat yang perlu kita tambah nilai kerana kita apabila masuk pertandingan mesti ada strategi. Begitu juga kita mesti berupaya meninjau dan melihat strategi pihak lawan,” katanya kepada SuaraTV di sini, hari ini.

Mengakui masih terlalu awal untuk membuat bacaan politik termasuk peratusan potensi untuk merampas Sabah daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohamad berkata, reaksi pengundi amat penting dan wajar dijadikan fokus utama jentera dan calon.

“Kerana PRN Sabah ini tak macam PRK yang biasanya melibatkan pertembungan dua penjuru… senang kita baca reaksi dan sokongan pengundi, malah boleh baca dengan cepat tapi ini ada sampai lapan, sembilan ada yang sampai 11 penjuru.

“Jadi pengundi nampaknya berbelah bahagi dan belum lagi membuat keputusan itu. Oleh sebab itu, strategi parti BN adalah untuk kita cuba untuk berjumpa dengan seramai mungkin pengundi.

“Begitu juga nasihat saya kepada calon-calon supaya calon jangan terlalu lama di sesuatu tempat sebab lagipun tidak ada ceramah besar-besar yang kita adakan.

Maka calon kami galakan supaya mereka ini cuba berjalan, berjumpa dari rumah ke rumah, di pasar pasar awam supaya mereka dapat memperkenalkan diri mereka, membawa risalah dan di situ nanti kita dapat berpeluang untuk memberi pendedahan parti dan diri calon itu sendiri kepada pengundi-pengundi,” nasihat Timbalan Presiden UMNO itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat