PH Sedia Hadapi PRU Mengejut – Mahfuz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memaklumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah menjangkakan dan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum -15 (PRU15) yang dijangka berlaku secara mengejut pada tahun ini.

Menurutnya, jangkaan tersebut ekoran kedudukan kerajaan Perikatan Nasional yang tidak stabil sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir pada penghujung bulan Febuari lepas.

“Kita (PH) sedia dan sudah menjangkakan kerana politik Malayisa tidak stabil. Bukan saja ketika pengundian speaker (Dewan Rakyat) beberapa hari lepas, tapi sejak daripada pembentukan kerajaan PN lagi.

Ketika dihubungi SuaraTV, Mahfuz memberitahu bahaa ketika Muhyiddin membuat pengumuman jumlah sokongan yang diperolehnya bersama dengan sokongan daripada Tun Mahathir, perkara tersebut menunjukkan ketirisan daripada Muhyiddin.

Hal ini kerana menurut Mahfuz, Muhyiddin membuat dakwaan cukup sokongan termasuk daripada pihak Mahathir dan pengikutnya, meskipun Mahathir akhirnya tidak memberikan sokongan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

“Apabila berlaku unsur ketidaktelusan ketika Muhyiddin memberikan jumlah kerusi Ahli Parlimen yang memberikan sokongan terhadapnya untuk menjadi perdana menteri bersama dengan sokongan Mahathir.

“Di situ sudah menunjukkan ketidaktelusan dan menunjukkan kerajaan Muhyiddin ini tidak stabil. Jadi, keadaan tidak stabil ini kita sedia maklum membolehkan PRU-15 diadakan secara mengejut bila-bila masa.

Tambah Mahfuz lagi, persediaan PH untuk menghadapi PRU mengejut juga bertitik tolak daripada undian yang dibuat bagi memilih speaker Dewan Rakyat yang menunjukkan majoriti tipis yang diperoleh blok PN.

Mahfuz ketika diminta mengulas lanjut berkenaan PRU mengejut juga memberitahu, PH menjangkakan bahawa pembubaran parlimen sepatutnya dibuat pada tahun ini untuk memberi laluan kepada PRU.

“PRU mengejut sepatutnya dibuat tahun ini. Kalau tahun depan, kerajaan Muhyiddin akan berhadapan dengan ketidak tentuan ekonomi dan beberpaa kekangan lain.

“Namun, semua itu bergantung kepada kebijaksanaan Yang Di Pertuan Agong sama ada memboleh PRU diadakan atau tida,” katanya kepada SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat