Kembali Ke Sekolah Setelah Bercuti Akibat Pandemik Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Empat bulan tidak ke Sekolah, giliran murid tahun 5 hingga 6 serta kelas peralihan dan pelajar tingkatan 1 hingga 4 kembali ke sekolah pada pagi ini.

Keputusan pembukaan sekolah dibuat oleh Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzhi Jidin pada 2 minggu yang lepas. Akibat penularan covid-19, kerajaan telah mengumumkan sekolah ditutup bermula bulan Mac susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Pembukaan sekolah juga harus mematuhi S.O.P yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pemeriksaan suhu setiap hari bagi murid, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah. Mereka dengan suhu badan yang melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala, tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Manakala aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka, tidak dilaksanakan sehingga suatu tarikh dimaklumkan kemudian kerana penularan didalam komuniti masih ada. Para pelajar juga mesti membiasakan diri dengan kebiasaan norma baharu.

Pembukaan sekolah adalah secara berperingkat kerana sebelum ini para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Peperiksaan Antarabangsa sudah memulakan sesi persekolahan lebih awal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat