TM pula tarik diri dari DNB

- Advertisement -

YB Fahmi perosak syarikat Kerajaan sendiri…

Selepas lebih seminggu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan hasrat kerajaan membenarkan pembekal kedua rangkaian 5G negara, semakin banyak syarikat telekomunikasi memutuskan untuk tidak lagi memegang kepentingan dalam Digital Nasional Berhad.

Selepas CelcomDigi mengumumkan penarikan daripada perjanjian perkongsian langganan (SSA) dengan DNB, Telekom Malaysia Bhd pula mengumumkan keputusan sama.

“TM dengan ini mengumumkan yang tarik untuk memenuhi kesemua CPs (syarat-syarat pendahulu) di bawah SSA sudah terbatal. Kesan daripada itu, selaras dengan terma di dalam SSA, TM pada 10 Mei 2023 mengeluarkan notis pembatalan kepada DNB berkuatkuasa serta merta,” kata kumpulan itu dalam notis dihantar ke Bursa Malaysia pada 10 Mei lepas.

Untuk rekod, pada Oktober tahun lepas, TM bersama-sama CelcomDigi dan YTL Communications Sdn Bhd mengumumkan akan secara kolektif memegang 65% kepentingan dalam DNB. Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd memilih untuk tidak terlibat dalam proses memegang kepentingan itu.

Dengan penarikan diri TM dan CelcomDigi, hanya YTL yang masih menghormati komitmen pemilikan dalam DNB dengan 25%, mewujudkan ketidakseimbangan kerjasama kerajaan dan pihak swasta dalam DNB yang kini giat melaksanakan rangkaian 5G di Malaysia.

Bagaimanapun, TM memberi jaminan yang penggunannya akan terus menikmati perkhidmatan dan produk 5G kerana perjanjian akses borong 5G bersama DNB masih berkuatkuasa.

Pada 3 Mei lepas, Fahmi mengumumkan yang kerajaan membenarkan kewujudan pemborong kedua rangkaian 5G seterusnya sekaligus menghapuskan akses tunggal pembekalan yang diberikan kepada DNB sebelum ini.

Konsortium kedua pemborong rangkaian 5G dijangka diwujudkan seawal Januari 2024 selepas tahap liputan pelaksanaan 5G dilakukan DNB di kawasan berpenduduk mencapai sekurang-kurangnya 80%, sasaran yang dijangka akan dapat dicapai pada akhir tahun ini.

Semalam, Fahmi turut mengumumkan penubuhan Task Force bagi menyelia peralihan daripada rangkaian borong tunggal (SWN) yang diuruskan DNB kepada dwirangkaian.

TM mempunyai rangkaian fiber terluas di Malaysia, mendominasi pasaran broaband dan fiber tetap internet.

Ketua Pegawai EKsekutif Kumpulan TM Datuk Imri Mokhtar ketika ditanya tentang kemungkinan mengambil alih DNB berkata mereka akan mengadakan perbincangan perkara itu secepat mungkin.

PAUTAN:

  1. https://www.msn.com/en-my/money/topstories/tm-joins-celcomdigi-to-withdraw-equity-participation-in-dnb/ar-AA1b01dk?ocid=entnewsntp&cvid=bb27d5aae9d1449c978ee184c74752f6&ei=26

“Apa-apa perkembangan akan diumumkan apabila sebarang keputusan dibuat oleh DNB,” katanya.

Pengumuman kerajaan berkaitan pelaksanaan dwirangkaian bagi mencabar “monopoli” DNB mencetuskan persoalan kerana entiti kedua yang akan menjadi pemborong rangkaian dijangka terdiri daripada syarikat-syarikat telekomunikasi negara yang akan membentuk konsortium seterusnya memberikan cabaran hebat kepada DNB dalam kemampuan infrastruktur dan rangkaian.

Dibimbangi yang DNB akan tewas dan konsortium ini akan menjadi pemborong rangkaian tunggal 5G negara, situasi yang cuba dielakkan oleh kerajaan Anwar Ibrahim. Setelah CelcomDigi, TM, syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain turut dipelawa untuk keluar dari perjanjian DNB. Mengapa perlu menyertai DNB, rangkaian milik kerajaan sekiranya berpeluang memiliki rangkaian sendiri? Mengapa Kementerian Komunikasi & Digital campur tangan dalam urusan perniagaan? Mengapa YB Fahmi mengeluarkan kenyataan yang membunuh syarikat milik Kerajaan sendiri?

PAUTAN:

  1. https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2023/05/1099382/tm-tetap-komited-jayakan-5g-di-malaysia

Daripada:

Azhar Hakim, 
Shah Alam, Selangor

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat