Kerajaan Akan Selesaikan Masalah Air Kelantan, Sabah Tak Kisah Belanja Besar Demi Rakyat – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berikrar akan mencari penyelesaian masalah air yang melanda negeri Kelantan dan Sabah.

Susulan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam tempoh dua minggu lagi bagi mencari jalan penyelesaian menyelesaikan masalah air yang melanda di dua negeri berkenaan.

Jelas Anwar, walaupun memerlukan dana yang besar, pinjaman, sukuk atau bon, ia masalah yang perlu diambil perhatian oleh pihaknya dan isu masalah air ini seharusnya tidak dibebankan kepada rakyat.

“Tidak ada alasan untuk kerajaan pada 2023 tak dapat memulakan program besar-besaran selesaikan masalah air di negeri.

“Ya, ia perlukan dana yang besar, perlu pinjaman, perlu sukuk, perlu bon, itu masalah kita. Jangan bebankan kepada rakyat,” katanya semalam di WTC Kuala Lumpur.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata lagi, isu penyelesaian masalah air ini juga tidak ada kena mengena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Itu masalah kedua. Yang penting rakyat selepas 60 tahun merdeka tidak boleh dibebankan dan dihina sampai tidak ada air bersih untuk minum,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga menyindir sifat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang seolah-olah tidak mahu berunding mengenai masalah ketiadaan air di negeri itu.

“Kedah tak ada air juga. Tapi kalau bersyarah berdegar-degar semua selesai. Ini masalahnya. Dia lain.

“Menteri Besar Kelantan ini sekurang-kurangnya sedia runding dengan baik. Orang runding dengan baik, kita dua kali lebih baik. Orang yang angkuh dan sombong tinggallah kamu dengan keangkuhan dan kesombongan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat