Siasat Tak Kira Puak, Parti Jadi Faktor Anwar Lanjut Khidmat Azam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sikap Tan Sri Azam Baki dalam menjalankan tugas dan siasatan tanpa mengira puak atau parti menjadi antara faktor utama kerajaan melanjutkan khidmatnya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini belum pernah ada dalam sejarah pejabat menteri digeledah SPRM bagi menjalankan siasatan.

Hal demikian, kata Perdana Menteri atas kapasiti itu kerajaan meneruskan khidmat beliau,” katanya di Putrajaya pada Isnin.

Anwar berkata demikian mengulas mengenai kontrak Azam yang dilanjutkan setahun.

Anwar berkata, Azam diberi kebebasan untuk menerajui SPRM dalam usaha membanteras pengalahgunaan, salah laku dan rasuah.

“Beliau dilantik semasa Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri).

“Dari segi kerja saya bagi kelonggaran sebagai pihak berkuasa kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk jalankan tugas. Beliau jalankan tugas memuaskan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan semula Azam selama setahun berkuat kuasa 12 Mei lalu.

Azam, 60, mula dilantik ke jawatan itu sejak 9 Mac 2020 bagi menggantikan Ketua Pesuruhjaya sebelum itu, Latheefa Koya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat