Kajian semula 5G undang risiko keselamatan negara?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Para penganalisis bidang telekomunikasi antarabangsa melahirkan kebimbangan mengenai proses pelaksanaan 5G Malaysia berikutan perubahan sikap ketara sejak beberapa minggu lalu.

Mereka mempersoalkan sama ada kenyataan kerajaan untuk menilai pelaksanaan Single Wholesale Network (SWN) sebagai sesuatu yang berkepentingan negara atau pelobi.

Bagi Bob Fox yang pernah bekerja dalam sektor telekomunikasi di Malaysia meluahkan kebimbangan keselamatan siber yang berkait rapat dengan kepentingan keselamatan negara.

“Penggubal dasar di Malaysia perlu bertanya diri mereka sama ada keputusan yang akan dibuat melibatkan kepentingan negara atau perkara lain. (Policymakers need to make up their minds whether all of those involved are going to act in the nation’s national interest  tegas Fox yang kini  kini merupakan Pengerusi Kumpulan Digital dan ICT Dewan Perdagangan Asing di Thailand, ketika ditanya oleh channelnewsasia.com.

Kebimbangan lain ialah kemungkinan usaha membuka jaringan kedua 5G ini melibatkan syarikat teknologi China, Huwaei yang dikatakan berkait rapat dengan pihak tentera China.

Setelah ditamatkan kontrak di beberapa negara Eropah atas alasan risiko keselamatan,  Huawei dikatakan dalam situasi terdesak untuk meluaskan pasaran di Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Setakat ini, Huawei berjaya mendapatkan kontrak 5G di Filipina dan Kemboja, tetapi gagal di Singapura dan Thailand yang memilih Ericsson.

Walaupun memilih dasar bekerjasama dengan semua negara, Malaysia perlu membuat keputusan yang tepat dalam pelaksanaan 5G terutama membabitkan syarikat-syarikat yang berkaitan militari China.

Sejak beberapa tahun ini China memperkuatkan kedudukannya di Laut China Selatan termasuk dilihat sering memberi isyarat yang membimbangkan kepada negara-negara sekitar termasuk Malaysia. Terbaharu China juga melakukan provokasi sekitar Beting Patinggi Ali yang berada dalam kawasan perairan negara.

Pengharaman pembekal teknologi 5G dari China oleh  Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia dan beberapa negara Eropah bukanlah sesuatu yang tidak berasas. Ada asas kuat kebimbangan mereka terhadap kebocoran keselamatan dan pertahanan negara kepada negara China walaupun belum dapat dibuktikan secara tuntas.

United Kingdom yang sebelum ini membenarkan Huwaei melaksanakan sebahagian jaringan 5G, kini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi negara tersebut merancang penggantian peralatan Huwaei kepada syarikat lain menjelang 2027.

Jerman yang dilhat tidak terikat kepada lobi Amerika Syarikat kini turut merancang mengambil tindakan serupa walaupun hampir 50% infrastruktur 5G negara tersebut datang dari Huawei.

Di Malaysia, Huawei mempunyai kerjasama strategik kuat jangka masa panjang dengan Maxis, operator rangkaian mudah alih terbesar negara.

Kebimbangan mengenai Malaysia hilang rakan strategik sekiranya memilih Huwaei turut dikongsi oleh seorang Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB).

“Malaysia perlu bimbang tentang bantahan daripada Five Eyes kerana kita perlukan teknologi dan pelaburan dari negara Barat,” kata seorang perunding kanan kepada DNB yan tidak mahu dinamakan, merujuk kepada rangkaian perkongsian perisikan global terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Australia dan New Zealand.

-SUARATV/CHANNEL NEWS ASIA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat