Apa jadi nak jumpa, beraya dengan Syamsul – Syafiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengarah Syafiq Yusof berharap Aidilfitri tahun ini dapat disambut dengan kehadiran abangnya yang juga pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof bersama keluarga.

Biarpun pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berdepan dengan pergeseran bersama orang tua susulan kemelut rumah tangga bersama isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, Syafiq berkata, dia tetap mahu meraikan Aidilfitri bersama abangnya.

“Apa terjadi sekalipun saya akan berjumpa abang dan beraya bersamanya, tahun ini. Saya harap keluarga bersatu dan berbaik seperti sebelum ini.

“Tiada manusia sempurna, saya juga begitu. Jadi, saya merancang pergi ke rumah abang untuk beraya bersamanya.

“Kebiasaannya, kami sekeluarga pagi raya akan bersama sebelum keluar beraya. Harapnya kali ini semua ada,” katanya kepada BH Online.

Jelas Syafiq, dia masih mengekalkan hubungan baik bersama Syamsul termasuk memberikan kata-kata semangat supaya abangnya tabah hadapi setiap ujian dan cemuhan orang ramai.

“Saya tetap berhubung dengan abang dan berikan kata semangat. Saya tidak pernah nampak orang lain terkena seperti abang.

“Saya harap abang tabah dan ketika ini juga keadaannya sudah semakin baik. Saya doa semuanya dapat diselesaikan dan orang ramai boleh ‘move on’,” katanya ditemui pada majlis sidang media Polis Evo 3 di Six In The City, Petaling Jaya, baru-baru ini.

 

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah hampir selesai apabila pengarah sensasi itu bersetuju melafazkan talak pada Selasa ini.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah hampir selesai apabila pengarah sensasi itu bersetuju melafazkan talak pada Selasa ini.

 

Dalam masa sama, Syafiq meluahkan rasa syukur kemelut rumah tangga membabitkan abangnya dengan Puteri Sarah hampir selesai.

Ia berikutan Syamsul bersetuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah pada 18 April ini.

“Saya bersyukur isu rumah tangga abang sudah hampir selesai, cuma sebagai adik, saya memang kasihan melihat keadaannya.

“Abang diserang semua orang dari pelbagai arah. Saya perlu berikan sokongan moral kepadanya. Jika tidak, dia kena hadapi semuanya sendirian,” katanya.

Terbaharu, filem Polis Evo 3 arahan Syafiq membariskan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Nora Danish dan ramai lagi.

Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw itu bakal menemui penonton pada 25 Mei depan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat