kusel serah sumbangan kepada warga Emas dan Anak Yatim sempena Aidilfitri

- Advertisement -

RAWANG: Koridor Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL) telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada penghuni warga emas dan anak yatim Pusat Jagaan Pertubuhan Baitul Rahmah, Rawang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang pada Rabu.

Selain sumbangan wang tunai kepada Pusat Jagaan Pertubuhan Baitul Rahmah, 15 orang penghuni warga emas, 50 orang anak yatim dan 12 orang penjaga turut diraikan menerusi sumbangan berupa baju kurung, baju melayu, tudung, kain samping, jubah, telekung, sejadah, duit raya serta juadah kudapan raya.

Majlis pada Rabu turut dihadiri oleh Y.B. Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Rawang, YBrs. Tuan Khairul Azmi bin Misran, Pengarah Urusan KUSEL, serta 60 orang wargakerja KUSEL dan Pejabat ADN Rawang.

YBrs. Tuan Khairul Azmi bin Misran dalam sebuah kenyataan berkata, “Bulan Syawal adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam dan tiada siapa yang berhak tercicir dalam meraikan bulan kemenangan ini. Justeru, adalah menjadi harapan KUSEL agar sumbangan yang telah disampaikan pada hari ini dapat memberikan sinar kebahagiaan dan keceriaan kepada penghuni warga emas dan anak yatim Pusat Jagaan Pertubuhan Baitul Rahmah sempena lebaran yang menjelang tiba”.

KUSEL, sebuah organisasi milikan penuh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang prihatin terhadap kebajikan rakyat, khususnya di Negeri Selangor telah menyempurnakan beberapa siri serahan sumbangan termasuk persiapan menghadapi musibah bencana banjir, serta membantu golongan memerlukan bagi memberikan mereka pengalaman meraikan Hari Raya Aidilfitri yang lebih bermakna.

Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) merupakan sebuah organisasi milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang telah dimandatkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk beroperasi sebagai Agensi Sehenti dalam penyelarasan strategik koridor utiliti bawah tanah di Negeri Selangor. KUSEL turut memegang matlamat untuk menjadi pelopor dalam meneroka kepelbagaian peluang perniagaan, khusus untuk memajukan pengurusan infrastruktur dan utiliti di Negeri ini.

Menyedari kepentingan infrastruktur utiliti sebagai tunjang kepada pembangunan ekonomi dan pemerkasaan kesejahteraan rakyat, KUSEL mengorak langkah dalam pelbagai inisiatif bertujuan mengukuhkan potensi infrastruktur dan sistem pangkalan data Negeri Selangor, ke arah merealisasikan visi Selangor Negeri Pintar menjelang tahun 2025.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat