Serbuan Tidak Ikut Prosedur, Jumlah Dirampas RM160 Juta Bukannya RM114 Juta – Peguam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diperdengarkan ulangan dakwaan jumlah rampasan di Pavillion Residences, Bukit Bintang siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ialah RM160 juta dan bukanlah RM114 juta.

Malah menurut Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, serbuan dilakukan oleh polis itu sebenarnya tidak mengikut prosedur.

Pavilion Residences yang diserbu itu dimiliki oleh OBYU Holdings Sdn Bhd kepunyaan ahli perniagaan Sarawak Tan Sri Bustari Yusof.

“Najib mahupun Bustari tidak ada ketika serbuan dilakukan pada masa itu. Yang mereka panggil ketika itu ialah pengurus bangunan tersebut kemudian lakukan serbuan tanpa prosuder itu.

“Senarai barangan carian dalam serbuan itu diberikan kepada pengurus bangunan manakala Najib pemilik barangan pula hanya mendapat senarai itu pada 1 Jun 2018 sedangkan serbuan pula pada 17 Mei dengan liputan media meluas seluruh dunia.

“Duit dalam serbuan itu dikatakan bernilai RM114 juta tetapi anak guam saya kata RM160 juta,” hujah Shafee di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin

Prosiding hari ini berkaitan dengan permohonan Kerajaan Malaysia untuk melucuthak aset dianggarkan bernilai RM680 juta milik Obyu Holdings.

Manakala Najib dan UMNO sebagai pihak ketiga yang berkepentingan menuntut wang RM114 juta yang dikatakan merupakan dana sumbangan politik kepada parti berkenaan bagi pembiayaan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14.

Najib dan UMNO menuntut kembali wang yang diperolehi hasil serbuan di Pavilion Residences sejurus selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) diterajui oleh Tun Mahathir menang.

Wang serbuan itu didakwa oleh kerajaan sebagai hasil haram yang dikaitkan dengan skandal penyewelengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, peguam mewakili UMNO dalam kes lucut hak ini, Datuk Hariharan Tara Singh pula berhujah tidak ada langsung bukti yang mengaitkan wang rampasan itu datangnya dari akaun Ambank berakhir dengan nombor 694 milik Najib.

Sebelum ini pendakwaan mendakwa sebanyak RM2.23 bilion yang masuk ke akaun Ambank 694 itu adalah dari penyelewengan dana 1MDB.

“Sebelum ini rumusan yang telah dibuat oleh Superintenden Foo Wei Min yang mendakwa oleh kerana wang tersebut dijumpai di dalam 35 buah beg bersama-sama barangan berharga lain, maka secara automatik ianya milik dana 1MDB yang diseleweng.

“Bukankah rumusan ini tidak logik? Dengan hormatnya Yang Arif, ini tidak logik langsung. Tuntutan tanpa ketiadaan dokumen tidak disokong tanpa bukti,” tegasnya.

Selepas lebih lima jam berhujah, Muhammad Jamil menetapkan 29 Mac ini untuk pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi membalas hujahan-hujan tersebut.

Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu Holdings, kerajaan menyita sejumlah 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 unit aksesori jam tangan, 234 unit cermin mata.

Juga sebanyak 306 beg tangan serta wang tunai pelbagai mata wang asing berjumlah RM114,164,393.44. -MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat