Dana AIM rancakkan perniagaan santan segar

- Advertisement -

SEBERANG PERAI – Perniagaan santan segar dan kerisik yang diusahakan Norhayati Aziz sejak 20 tahun lalu kini semakin berkembang ekoran mendapat permintaan tinggi terutamanya daripada pelanggan setempat.

Wanita kental yang berusia 48 tahun ini bukan sahaja semakin cekap menguruskan perniagaan malah anak ketiganya, Nurul Solehah binti Azmi, 20, turut sama membantu menguruskan perniagaan yang beroperasi di kedai runcit di Kuala Muda, Penaga.

Katanya, sebanyak 300 biji kelapa diproses setiap hari dan mampu menghasilkan sehingga 84 kilogram santan bagi menampung permintaan pelanggan.

“Bengkel memproses kelapa terletak di sebelah rumah bagi memudahkan saya memantau beberapa pekerja yang mengambil upah mengupas dan memotong kelapa.

“Anak saya akan memproses kepala tersebut untuk dijadikan santan menggunakan kelengkapan mesin di kedai runcit.

“Santan sememangnya mendapat permintaan tinggi terutamanya ketika musim perayaan dan saya pernah jual sehingga 200 kilogram santan sebelum sambutan Aidilfitri lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, Norhayati berkata, kedai runcit yang mula beroperasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas memudahkan pelanggan untuk mendapatkan bekalan santan yang diperlukan.

Tambahnya, pelbagai pahit getir sudah dirasai sepanjang menguruskan perniagaan terbabit dan bekalan kelapa adalah salah satu cabaran utama yang perlu diatasi.

“Santan dan kerisik yang dihasilkan menggunakan bekalan kelapa yang diimport dari Indonesia dan juga pembekal tempatan.

“Walau bagaimanapun, bekalan kelapa tempatan kadangkala sukar untuk diperolehi kerana membabitkan pelbagai faktor antaranya cuaca yang tidak menentu.

“Harga kelapa juga semakin meningkat namun, saya tidak boleh menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana ia akan membebankan pelanggan.

“Di samping itu, mutu dan kualiti santan juga perlu dijaga bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang dijual,” katanya.

Dalam pada itu, Norhayati berkata beliau bertuah kerana berpeluang bernaung sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak lima tahun lalu.

“AIM banyak membantu saya dan Sahabat lain dengan menawarkan pinjaman kepada usahawan yang berusaha untuk menstabilkan perniagaan yang dijalankan.

“Mudah untuk saya membuat pusingan modal menggunakan dana yang diberikan malah diharapkan AIM dapat terus membimbing  usahawan yang mahu meningkatkan prestasi perniagaan masing- masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat