Penduduk Meru Risau, Gesa Kerajaan Tutup Kilang Top Glove

- Advertisement -

MERU: Akibat peningkatan kes harian Covid-19 semakin membimbangkan di Meru, Klang, penduduk disini menggesa kerajaan menutup operasi kilang sarung tangan Top Glove agar ancaman penularan virus itu dapat dibendung sepenuhnya.

Beberapa penduduk Meru yang ditemui berkata, kerisauan mereka kerana kes (Kluster Teratai) semakin meningkat tetapi kilang tersebut masih beroperasi, tambah mereka lagi, di kawasan Meru sahaja, kilang Top Glove mempunyai lebih 20 premis yang bersusun dan bersaiz besar.

Menurut seorang penduduk yang dikenali Hj Marzuki Helmi berkata, dia amat berasa kecewa dengan pendekatan kerajaan yang langsung tidak peka situasi yang berlaku sekarang.

katanya lagi, terdapat ramai pekerja kilang Top Glove bebas keluar masuk dan ada diantara mereka tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak pengurusan Top Glove berhampiran kawasan perumahan.

“Saya merasakan mereka (Top Glove) tidak mengguna pakai kaedah yang sesuai dalam mengawal penularan pandemik Covid-19 di kawasan premis mereka,

“Mereka (pekerja-pekerja) bebas kesana-sini di Pekan Meru pada hari minggu,” ujar Marzuki.

Selain itu, seorang penduduk yang tidak mahu dikenali berkata, mereka risau kerana senario pekerja di kilang sarung tangan itu tinggal berhampiran kawasan rumah penduduk menambah kerisauan mereka lagi.

Kerajaan katanya perlu mengambil tindakan tegas terhadap premis kilang dan asrama pekerja terbabit. Beliau juga mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tidak memperketatkan kawalan di premis dan asrama pekerja berkenaan sehingga hari ini.

“Saya rasa kerajaan perlu lakukan PKPD atau lockdown di kawasan premis dan asrama pekerja tersebut,

“Saya dengar ada lelaki warga Bangladesh meninggal dunia dalam bilik tidur di Klang, pagi tadi, sehingga Pasukan Bomba dipanggil untuk lakukan sanitasi di luar dan dalam bangunan sebelum mangsa dikeluarkan oleh pasukan PDRM,

“Saya dan penduduk risau, kilang masih beroperasi, takkan kami nak gadaikan nyawa kami,” tegasnya.

Terdahulu, mengikut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kes positif harian yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, kes keseluruhan bagi Kluster Teratai meningkat kepada 161 kes. Dimana hari ini sahaja kes yang dilaporkan positif sebanyak 50 kes.

Pada 05 November lepas, Top Glove telah mengesahkan terdapat 17 orang pekerjanya disahkan positif Covis-19, dan kes terus meningkat sehingga hari ini yang telah mencecah sebanyak 161 kes. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat