PKPB Untuk Cegah Covid-19 Merebak, Johor Juga Tidak Terkecuali – Menteri Kesihatan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tindakan wajar dalam mencegah Covid-19 dari terus merebak, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Melihat kepada data (gelombang ketiga Covid-19), perlu kita buat tindakan pantas dan berkesan, dan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) digunakan iaitu pencegahan dan kawalan.

“Mana yang positif kita rawat, mana yang tidak bergejala, kita letakkan bawah HSO,” kata Dr Adham Baba, dipetik dari laporan HMetro hari ini.

Menurutnya, Johor juga tidak terkecuali dari pelaksanaan PKPB berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 yang dikesan di negeri itu.

“Kita lihat hari ini, terdapat kes-kes dikesan di beberapa tempat di Johor. Saya difahamkan Tenggaroh ada kes, Kluang dan juga Tangkak.

“Jadi PKPB ini satu negara kita buat untuk mengelak dan mencegah penularan lebih awal daripada terus merebak, langkah yang kita ambil ini adalah langkah awal.

“Jangan sampai esok kes naik mendadak baru tanya kenapa tidak buat awal,” katanya.

Terdahulu, pada Selasa lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad meminta kerajaan pusat mempertimbangkan bagi mengecualikan Johor daripada PKPB dan mengesyorkan supaya ia dilaksanakan secara bersasar.

“PKPB seharusnya hanya dikuatkuasakan di kawasan atau daerah Zon Merah yang mempunyai jangkitan tinggi, dan bukannya di seluruh negeri seperti yang dilaksanakan sejak semalam.

“Perkara itu amat penting supaya pelaksanaannya tidak menjejaskan sektor ekonomi dan aktiviti harian rakyat di kawasan yang mempunyai jangkitan rendah,” katanya.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, Johor berada di tangga ke sembilan dengan merekodkan keseluruhan 985 kes Covid-19 setakat hari ini, manakala Sabah yang berada di tangga pertama merekodkan 22,714 kes keseluruhan manakala Selangor di tangga ke dua dengan 7,439 kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat